Feb 18, 2012

masa untuk berbicara

lama sudah
hati berhenti berbicara
rindu saat di mana aku masih bebas
berbicara tanpa had
tanpa risau ada yang peduli
berbicara sepuasnya seolah aku dan duniaku sendiri
aku rindu saat hati ini tiada yang peduli

saat itu...
tak mungkin berulang

bila masanya tiba, ketika waktu itu datang
aku harus memilih, hati perlu memutuskan, akal perlu menimbang
soal hati dan akal mula berperang
menegakkan benang masing-masing

aku mungkin dewasa fizikalnya, hati ku terlalu rapuh tapinya
penuh dengan jiwa-jiwa ribena
masakan aku mampu untuk memilih?
lantas jiwa cepat menjadi keliru
sedikit duri membuatkan hati menggigil ketakutan
aku tak bisa
aku masih lemah
hatiku belum bersedia menerima
tanggungjawab itu

lantas ku biar hati ini bebas semula
ku lepas semua sarang-sarang yang menyawang hati
lantas mereka-mereka kembali ku berri harap
pada hati yang mentah ini
harapan masih tinggal harapan
kerana hati ini masih belum mahu 
dan belum mampu memutuskan
biarlah masa yang menentukan
saat takdir mengajar
erti sebuah penantian dan harapan

aku masih keliru
saat hati, agama dan keinginan bergaduh
mahu menjadi nombor 1
atau mungkin kerana sekeping hati yang didamba itu masih belum ku temui
selagi itu aku akan terus keliru
dan memberi harapan..

nukilan  hati,
ruby


No comments:

Post a Comment