kenapa aku ni? tetiba je...
budak-budak tak matang cam aku ni mane boley jeles tengok orang kawin kan?
xcukup umo, mane boleh pikir lagi. hahaha! tapi, aku peduli hape... nak cerita juga
baru lepas blogwalking and facebooking tadi, banyak pulak la orang kahwin tunang cuti ni. bestnye tengok diorang. aizan selamat jadi bini orang da. haida semalam da selamat bertunang da. cantik sangat mereka. memang kalau orang tu bertunang or kahwin terus otomatik jadi cantik ek? *mood jeles lagi*
atau baju diorang yang cantik terus jadi semua tu cantik?
atau effect makeup and kamera yang jadikan gamba tu cantik?
atau sebenarnya suasana, perasaan kebahagiaan mereka itu yang membuatkan semua gambar nampak indah lantas menjadikan aku sangat jeles?
tambah pulak ngan makcik aku nak kahwin ni lagi. ikut sama buzy tolong dia wat preparation. penat sangat. ingatkan senang je kahwin ni. tapi macam2 hal nak kene amik tau and pertimbangkan, banyak hati nak kena jaga, dengan belanja yang macam2 lagi..adeyh, bley pengsan aku dihari pernikahan macam ni. dah la, aku ni memang allergic sket ngan bnda2 stress camtu.. senang je nak tumbang. aku da lame tak amalkan doa untuk kuatkan hati yang ustaz tu dulu ajar kot, lupa da jadinya. hati, badan jadi makin lemah.
huuuu...
teringat waktu borak2 ngan abah time sarapan semalam. cerita2 pasal kahwin2 ni. pastu tanye pendapat abah nak pilih laki camne. hehe.. *gatal* pastu bagi list2 nama kat mak suh pilih. eh? pompuan ade kuasa nak pilih ke? haha.. cerita2 pasal dugaan bila mula2 kahwin ni. okay, abah kalau dah bercerita memang sangat panjang. tapi cerita penuh hikmah dan nasihat la. kadang2 citer sama ulang2 lagi. lastnye aku tolong abah abeskan cerita. hahaha.. gelak2 time makan. camne ni? orang cakap time makan xbley cakap. tapi kitorang time makan la paling banyak cerita. tu je la time berkumpul pon. hehe. eh, kelaut dah topik aku.
haha.. takde ape pon sebenarnya. just i`ll sure missed this part when i`m back to USM this weekend. makan sama2, sembahyang jemaah sama2, buat kerja sama2, masuk kebun sama2, masak sama2, borak-borak about anything, i just can tell them, ask them about anything including every guy that i know. hahaha! bestnye. dah la ni last balik rumah kot, next balik lagi bila da abes sume settle hal kat usm tu. insyaAllah. lepastu abes exam, lepastu cuti, yeay!! nak jalan2 overC. jangan lepas abes terus kerja sudah la. huhu.
oh ye, interview dah dekat. bila cakap2 pasal interview ni abes la. abah wat sesi interview dia sendiri, memang aku fail la kan. satu soalan ayah aku pon xdapat nak jawab. teruk gila pengetahuan am. contoh soalan abah bagi.
sapa menteri kesihatan? timbalan? pengarah kesihatan? - 0 markah
mengenai isu ubat tiruan yang berleluasa sekarang, apa impak dia kepada negara? pendapat? -0mrkh
sekarang ramai orang mula beralih kepada perubatan alternatif seperti darussyifa' (xigt spelling) bg pendapat? - 0 markah
jelaskan pandangan anda dari segi ekonomi sekiranya amerika memerintah dunia - 0mrkah (sure la, ni soalan ntok adik aku yang amik bussiness economy tu)
banyak lagi isu2 sekarang, peruntukan tahunan kerajaan untuk kesihatan. semua tu aku tak tahu dan tak pernah amik tahu. ape nak jadi? pemalas yang teramat. katak bawah tempurung pon lagi banyak tau berbanding aku. huuuu.. sdey la camni T_T"
kenapa abah tau banyak sangat benda? rejin membaca. tu je jawapan abah. ok fine. koleksi buku2 ilmiah abah memang penuh beralmari2 kat rumah ni, tapi aku tak pernah nak usik or baca. haish!
terus rasa macam down.
ok, improve pengetahuan am dulu, abeskan baca semua buku and kitab2 abah dalam almari tu
baru pk kahwin. huarggh... mane aci diorang yang kahwin awal tu.
*depressed*
No comments:
Post a Comment