ape perasaan sekarang ek?
cuak? nebes? excited? takot? xsabor2? tertekan? blurr? depress? blank? empty?
cuba gaul semua rasa kat atas tu, cenggitu la hati aku rasa sekarang
macam belacan yang ditumbuk lumat bersama cili api dan bawang merah yang di-stim, pastu tuang sket kuah bening. perggghh!!! terbaik dari ladang...
apekah perut yang sedang bergendang ni menyebabkan aku mengintepretasi perasaan seperti makanan yang aku paling mengidam sekarang. 2 bulan xjumpa weyh, kat kelantan xder orang buat sambal belcan jawa tu...
huhu..tertekan x tertekan aku kat sini.
ok berbalik kepada perasaan aku seperti diawal cerita tadi, otak macam serabot sekarang, lepas doctor 'piss-off' ngan aku pagi tadi kot ni, terus rasa macam useless, tak berguna hidup sebagai pelajar pemalas yang bodoh lagi bengong benda simple macam tuh bley lupa pastu bila dah kene marah terus blank doctor tanya soalan basic terus macam xpnah dengar perkataan tu. what the heck la aku ni...
lemah sangat. baru kene marah sikit dah nak down. normal la tu. ini bukan 1st time pon. cuba keraskan hatini sikit. jangan sensitip sangat bley tak? *bengang ngan diri sendiri*
then the next thing regarding our job application. SPA and KKM. dua2 borang dah keluar, dua2 borang x isi lagi. dah la lupa result SPM da, kene tunggu mak post sijil SPM sampai sini dulu baru bley isi kot. bengong btol. yerla, 7 tahun da kot SPM, normal la lupa kan? hahahaha.... apesal x mintak result matrik, senang sket nak ingat. 4.0 *belagak* tapi kan simple? kalau SPM tuh 10 subjek, kalau semua dapat 1 maybe aku ingat la, masalahnya, macam2 nombor aku dapat. so?
itu satu SPM, then nak isi borang on9 ni masalah gak. lagi2 bila line asik busy je. pastu bila dah penat2 isi,, tetiba error plak time nak submit. hangin x hangin? ish3...dugaan btol. semalam nak isi dah server down plak. so how?
benda atas xsettle lagi, sekarang kkm punye borang pulak. mane nak cari gambar pasport ni? *ni pon nak ngadu ke? g kedai tangkap gambar sudah..* hahaha, sukahati aku lah. belog aku. tapi yang sakit kepala gak nak pikir ni tempat untuk houseman nanti. walaupon 2 tahun je, tahun penuh penyiksaan dugaan dan kesibukan tu mesti la kene carik tempat paling best supaya hati lebih tenang, senang nak balik umah selalu and senang nak suh mak datang tengok selalu *cam budak kecik!* dah tu, dah xde suami, mak ngan abah je la harapan aku. ada 3 pilihan. so far 1st and 2nd choice da pilih da. seremban dan kuala pilah. ahaha! dulu time matrik kutuk kuala pilah hulu sangat, sekarang tengok aku sendiri yang apply nak ke sana. hahaha. tu agak dekat ngan rumah walaupon xdekat sangat and ada kengkawan sana hope xder la bosan sangat nanti *berangan g keje tiap2 hari ngan tya and ozi, dok umah same2, bestnye~* harap2 kiter dapat sama2 kat seremban. tinggal dini sorang je la, xpe suh dia bukak klinik gigi kat seremban nanti. haha.
tempat ketiga tak pilih lagi...melaka? ipoh? teluk intan? jb?
ni tengah pening isi borang, pastu pikir pasal interview sebulan lagi, resume tak siap lagi... tiba2 ada satu soalan muncul. betul ke ni? aku nak jadi doktor dah? ready ke diri ni? boleh percaya ke? layak ke? cukup ke ilmu ni?
pikir..pikir..pikir..terus xde mood nak siapkan assignment. pastu ngdap blog dengan tujuan nak memuntahkan segala benda yang tengah menyesakkan pale otak sekarang ni. mahu mengosongkan semula minda untuk disumbat dengan ilmu2 obstetric dan gynaecology ni. jangan la doctor benci aku da pasni. asik buat salah je since start posting nih. apekah?? teruk sangat ke aku ni?? huuu.... nak nangis plak rasa ='(
ngah layan sendu tetiba dengar suara sorak kuat gila sampai bergegar bumi. bola malam ni, diorang tengok bola macam ape ntah. jaap senyap, jap bising tetiba, pastu senyap balik. MU lawan rasanya ni. xtau la ape keputusannya. malas nak amik tau..
No comments:
Post a Comment