Alhamdulillah, di beri kesempatan untuk berjumpa Ramadhan sekali lagi tahun ni. InsyaAllah, Ramadhan kali ni lebih baik, banyak dan ikhlas amalnya... *azam awal bulan yang diharap kekal hinggal akhir bulan*
hehe...
ok, kali ni jom bercakap pasal puasa. apa yang ada di pengetahuan aku la, maklumlah ilmu ni bukan banyak sangat. just nak sentuh sikit la beberapa fenomena2 yang tidak asing lagii berlaku depan mata setiap kali bulan puasa ni muncul
1. Orang eksaited tunggu puasa masuk, sampai nak kene shoppinh barang2 dapur seminggu sebelum puasa. macam2 dibelinya sampai terboros. bukan sepatutnya puasa ni kena la menahan diri bukan setakat lapar dahaga, tapi beli belah tu. kalaw preparation before puasa pon dah dekat beribu beli bahan makan, time tengah puasa tu macam mane lah pulak nanti ye? dengan bazar Ramadhan yang sentiasa penuh tu, beli berplastik2 makanan, sampai berlebih2, last2 buang...tak ke membazir tu?? makan sampai xboleh nak tunduk time solat lepas tuh, buruk betul perangai...
2. sebenarnya orang eksaited sambut ramadhan sebab nak dekat raya dah, so, sepanjang puasa sibuk membeli persiapan raya, masa sebulan Ramadhan dihabiskan untuk buat persiapan raya yang hanya sehari
. sia-sia je Ramadhannya nanti.
3. bila masuk bulan nih perempuan2 lah yang paling eksaited semangat sebab kononnya bulan puasa nih la masa nak turunkan berat badan, nak kurus semua. apa puasa itu sekadar menahan lapar dahaga sahaja? tapi maksiat, aurat, solatnya semua terbang tunggang langgang ntah ke mana...
4. bulan puasa memang sinonim ngan solat tarawikh. waktu awal2 puasa kalaw tengok saf kat masjid tuh sampai melimpah ruah umat, tapi semakin menginjak ke hujung saf tengok makin pendek. memang hangat2 tahi ayam je. padahal yang hujung2 tu lah yang lagi besar pahalanya.
banyak lagi fenomena2 lain yang berlaku yang banyak bercanggah atau menyimpang dari landasan yang sepatutnya. sepatutnya bulan puasa ni bulan yang penuh dengan amalan dan puasa. puasa bukan setakat tahan lapar, x minum, tapi puasa nafsu, puasa maksiat, puasa dari melakukan perkara yang tidak baik. sebaliknya dimeriahkan dengan amalan2 sunat, solat2 malam, dan macam2 lagi amalan yang menjanjikan pahala yang berganda berbanding bulan2 lain. ini yang patut kita kejar sebenarnya.
sekian sesi tazkirah kali ini
renung-renungkan dan selamat beramal
insyaAllah
.